Kelas Asas ICT (Bimbingan Pendaftaran Sarawak ID)

15 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Julai 2024, Kelas Asas ICT telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk membimbing peserta cara mendaftar Sarawak ID. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk melayari internet serta dibimbing cara untuk menggunakan tools yang terdapat dalam setiap aplikasi.

Program yang berlangsung sekitar jam 2.00 petang dan berlangsung selama 1 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer. Kelas tamat pada sekitar pukul 3.00 petang. Kehadiran adalah seramai seorang peserta daripada Kampung Jerijeh Baru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali